sambal kentang ikan bilis

  Assallamualaikum
hai semua,terima kasih pada yang sudi singgah blog dapur panas kak sue.hari ni sekali lagi kak sue nak kongsikan resepi ringkas murah meriah yang menjadi kesukaan anak-anak kak sue.jom kita lihat bahan-bahannya.

bahan-bahannya:

10 biji ubi kentang
segenggam ikan bilis
3 labu bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
4sb ciligiling
air asam jawa
garam dan gula merah secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis

cara memasak:

panaskan minyak untuk menumis,bila minyak dah panas masukkan ikan bilis dan goreng sekejap,jangan terlalu garing,sekarang boleh masukkan bahan yang dikisar,kacau hingga wangi dan layu,seterusnya masukkan cili giling,kacau dan biarkan cili giling betul-betul masak. perlahankan api,bila dah terbit minyak atau pecah minyak bolehlah masukkan gula merah dan pati ikan bilis.biarkan seketika.sekarang kita masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga medidih.akhir sekali kita masukkan kentang yang kita dah goreng tadi.kacau sebati dan bolehlah rasa apa yang kurang,sekiranya perlu,anda boleh tambahkan garam atau gula merah mengikut cita rasa anda.selamat  mencuba semoga resepi ini akan memberi manfaat untuk semua.
sambal kentang ikan bilis ini sangat sedap dimakan bersama cucur,lempeng dan roti.

#masakdarihati #biarrasaberbicara #ikhlasberbagi #akuyangmasakauyangmeleleh
please like share & subscribe channel dapur panas kak sue

Comments

Popular posts from this blog

ROJAK AYAM TERENGGANU

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..

pecal jantung pisang ibunda