pecal jantung pisang ibunda






jom kita masak menu simple kegemaran kak sue dan ayah..arwah mak selalu buatkan pecal jantung pisang ni,kena pulak nasi panas ikan goreng garing...sedapnya tak terkata..
Bila arwah mak dah tak kak sue kenalah buat sendiri bila teringin nak makan..jadi hari ni kak sue nak berkongsilah resepi ringkas ni ikut cara kak sue..


BAHAN-BAHANNYA:

1 BIJI JANTUNG PISANG *dihiris dan dielur hingga lembut,toskan*
1 KOTAK SANTAN *200ML*kak sue panaskan 2minit dalam microwave*

BAHAN YANG DI BLEND:

2 EKOR IKAN KEMBUNG*kukus dan buang tulang*
2 ULAS BAWANG BESAR
1 SUDU BESAR LADA HITAM
GARAM,GULA DAN PERASA SECUKUPRASA

CARANYA:

satukan semua bahan kedalam mangkuk yang besar,gaul sebati..sekiranya anda inginkan kuahnya terlalu pekat dan kering bolehlah di tambah sedikit air..siap untuk di hidang..memasak itu memang mudahkan??????jangan lupa mencuba.. 


 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ROJAK AYAM TERENGGANU

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..