Hari ini kak sue ingin berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang mungkin juga diminati ramai terutamanya orang Kelantan dan Terengganu. Kuih ini dikenali dengan nama Pulut Lepa..  Ada jugak yang panggil dengan nama Pulut Panggang.
 
 Kak sue memang suka makan Pulut Lepa a.k.a Pulut Panggang ini, memang bestlah orang kata sehingga menjilat jari.. kak sue tak tahulah pulak korang camner, tapi kalau korang belum cuba eloklah korang cuba baru tahu macam mana rasanya dari air tangan sendiri..

Bercakap pasal Pulut Lepa kak sue rasa adalah elok untuk kak sue kongsikan Resepi untuk membuat Pulut Lepa ini khas untuk sesiapa saja yang sudi singah kat blog kak sue ni.. Bagi mereka-mereka yang nak resepi Pulut Lepa boleh lah dapatkan di bawah ini:

Resipi Pulut Lepa/Pulut Panggang

Bahan:
300 g pulut, direndam semalaman
125 ml santan (dari 1 kelapa)
sedikit garam
10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan Inti:
400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
4 biji bawang merah, dicincang halus
½ kelapa parut putih
200 ml santan (1/2 kelapa) 
½ camt serbuk lada hitam
½ camt gula
sedikit garam

Cara-cara:
1. Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk tidak melekat.
2. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering.
3. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi.
4. Bila pulut masak, gemburkan dengan garfu (boleh kukus pulut, jika mahu).
5. Ambik pulut sket, uli panjang cam kopok lekor
6.  Tekan sampai nipis dan masukkan inti dia kat tengah
7. Tutup balik cantik-cantik. Pastu bungkus ngan daun pisang

lihat rupa pulut kat bawah ni yang siap di tekan untuk letak inti..





Untuk inti:
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk.

Selamat mencuba..dan nikmatilah satu lagi kuih ganu kita..sesuai di jamu pagi dan petang..




Comments

Popular posts from this blog

ROJAK AYAM TERENGGANU

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..

pecal jantung pisang ibunda