ketupat sotong ganu kita...







 nilah rupanya ketupat sotong yang dan masak..



salam semua...hari kak sue nak ajak semua berkongsi resepi ketupat sotong kegemaran kak sue.. ketupat sotong ni memang sedap di makan macam tu saja..sesuai jadikan hidangan minum petang.. Dapat pulak sotong segar yang barun naik dari lauk lagilag sedap..segar..

Tengok saja tak jadi,,kena cuba baru tahu sedap ke tidak..untuk tidak membuang masa jom kita layan resepi ketupat sotong kat bawah ni..


RESEPI KETUPAT SOTONG

1 kg sotong (sederhana besar)
200 gram beras pulut
2 cawan santan cair (untuk merendam beras)
3 cawan santan pekat (untuk kuah)
Sedikit halba
2 cm halia (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
Gula, garam dan perasa.

CARA-CARA

Rendam beras pulut dengan santan cair.

Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi.

Masukkan sotong ke dalam santan pekat dan masak.

Masukkan bawang, halba, halia, garam, gula dan perasa.

Kacau hingga mendidih.

Sedia untuk dihidang.


~ Kuah akan berwarna merah jika sotong tadi tidak dibuang kulit.


Cadangan Hidangan:
di makan begitu sahaja

p/s:

1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir.
2. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

Comments

Popular posts from this blog

ROJAK AYAM TERENGGANU

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..

pecal jantung pisang ibunda