DENDENG DAGING BERPAUT QASEH

   


 

Daging...memang menjadi pilihan ramai untuk disajikan untuk santapan makan tengahari mahupun malam,daging juga selalu menjadi pilihan utama untuk majlis-majlis kahwin,tambahan lagi bila tiba musim raya korban..bertambah banyaklah daging korban yang kita dapat dari sedara mara jiran tertangga..masa tu mulalah naik pening nak fikir nak masak apa dengan daging yang banyak tu kan...??
Kali kak sue nak berkongsi pelbagai jenis resepi yang beasaskan daging..sebenarnya ada banyak resepi yang boleh kita masak dengan daging..olahkan menjadi menu yang menyelerakan buat santapan keluarga.
Sebagai permulaan kita kongsi resepi dendeng daging..

BAHAN-BAHAN:


 
·          1kg daging}di potong dadu
·         3 bij bawang besar}dikisar
·         6 ulas bawang putih}dikisar
·         1 inci halia}dikisar
·         2 sudu jintan manis
·         2 sudu jintan putih
·         3 sudu kicap pekat
·         3 sudu cili giling
·         1 batang kulit kayu manis
·         5 biji buah pelaga
·         5 biji bunga cengkih
·         5 kuntum bunga lawang
·         Gula dan garam secukup rasa
·         Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAKNYA:

 
1.    Rebus daging sehingga empuk kemudian toskan
2.    Selepas tu,tumiskan bahan yang telah dikisar bersama kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga,dan bunga lawang hingga naik bau..
3.    Kacau seketika sebelum dimasukkan cili giling dan kicap pekat..kacau sehingga pecah minyak.
4.    Setelah itu taburkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan selama 10 minit dengan api yang kecil.
5.    Akhir sekali masukkan daging yang telah direbus dan kacau hingga sebati..siap untuk di hidang
Selamat menjamu selera..ingat ya apa pun jua hidangan yang kita sediakan biarlah datang dari hati..















Comments

Popular posts from this blog

ROJAK AYAM TERENGGANU

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..

pecal jantung pisang ibunda