APAM DURIAN With love..
Musim durian dah tiba..di mana-mana ada saja durian..satu keluarga suka makan durian,,pelbagai menu dah kak sue buat,pengat durian sudah,lempeng durian sudah,kali ni jom kita buat apam durian plak..
Apam durian ni kalau makan dengan kelapa inti pun sedap jugak..tapi kasue suka makan macam tu je..anak-anak kak sue plak suka makan dengan aiskrim..kalau nak modenkan cket..letak je topping whip cream kat atasnya ..ala-ala cup cake gitu..
Jom kita layan resepi Apam durian ya..ingat pesan kak sue apa saja yang kita nak masak biar lahir dari hati..baru masakan kita sedap dan terpahat di hati...Akhir sekali kak sue harap adalah yang sudi mencuba resepi ni ya..
200gm isi durian}buang bijinya
200ml air
2 sudu makan
susu pekat
BAHAN B:
4 biji
telur gred A
250gm gula
kastor
1 sudu makan
penuh Ovelatte
BAHAN C:
30ogm tepung
gandum
Sedikit
pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1.
Masukkan kesemua bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga
sebati.Ketepikan.
2.
Pukul telur sehingga kembang dan putih kemudian masukkan gula ,garam dan
juga ovelatte.pukul lagi sehingga gebu.
3.
Masukkan bahan C diselang selikan
dengan bahan A dan kacau sehingga sebati.
4.
Susun cawan kertas di dalam acuan mufin kemudian tuang adunan ke
dalamnya.
5.
Kukus selama 20 minit.
6.
Sedia untuk di hidang untuk minum petang atau sarapan pagi..
Comments
Post a Comment