puding roti kukus



Assallamualaikum..
pepagi lagi kak sue duk fikir nak buat apa untuk sarapan pagi ni,tengok-tengok ada pulak roti yang tak kehabisan..maklumlah time cuti sekolah ni anak-anak sentiasa ada kat rumah waktu pagi jadi kak sue kenalah pelbagaikan menu untuk  untuk sarapan pagi...
memandang roti masih banyak baik kak sue buat 'sesuatu'hee..dari membazir..anak-anak dah bosan nak makan roti bakar atau roti sapu dengan jem...jadi apa lagi kak sue pun terfikirlah nak buat puding roti ni..tengok  semua bahan ada kat dapur,apalagi mulakan gerak kerja.
resepi yang mudah lihatlah hasilnya ...
Nak di panjangkan cerita puding roti ni memang jadi kegemaran kami sekeluarga...selalunya bila terasa nak makan puding roti ni kak sue ajak hubby pergi pasar tani kat rumah kita orang jew..ada satu gerai kuih talam satu malaysia kat situ..boleh jadi tak terkawal bila sampai kat gerai tu,maklumlah ada pelbagai jenis kuih talam dan puding yang sungguh  menyelerakan..tapi sekali sekala dapat buat sendiri lagi seronok dan memuaskan hati kan..
Kata resepi dari hati mestilah dari air tangan sendiri betul tak????
Oklah kawan-kawan kak sue harap kawan-kawan dapatlah mencuba resepi yang mudah ni ya..

Bahan dan Cara Membuat Gula Hangus.
  • 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
  • Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
  • Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.
Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus.

Bahan-bahan Puding Roti Karamel
  • 4 keping roti gardenia dicarik-carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara Memasak Puding Roti Karamel
  • Kisar roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yangberisi gula hangus tadi.
  • Kusus lebih kurang 40 minit.
Sejukkan sebelum dihidangkan.

 

Senang, kan?

Comments

Popular posts from this blog

ROJAK AYAM TERENGGANU

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..

pecal jantung pisang ibunda