Thursday, 26 May 2016

kuih bunga lemak manis

Bulan ramadhan bakal tiba tak lama lagi..rasanya ini masa yang sesuai nak berkongsi resepi kuih yang selalu akak buat masa bulan ramadhan..antara kuih yang agak popular jugak untuk orang pantai timur..arwah mak akak selalu buat kuih ni bila bulan ramadhan..kuih bunga ni mungkin biasa jer bagi orang yang membaca resepinya..sangat ringkas dan mudah tapi bagi akak kuih ni istimewa sebab arwah mak akak yang buat..hmmm tak pasal2 mata masuk habuk plak ..mengimbau kenangan silam..jom kita lihat resepinya..

Bahan2nya:

Tepung pulut 1 paket
Santan 200ml
Secubit garam
Telur 2biji
Gula halus
Minyak untuk menggoreng

cara2nya:

gaulkan garam bersama tepung pulut ..kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit dan ulilah hingga menjadi doh..tak melekat pada tangan..bulat2 kan doh dan leperkan sedikit..sementara itu bolehlah panaskan minyak ..kemudian celupkan kuih bunga kita ke dalam telur yang telah dipukul sebati..gorenglah sehingga keperangan(golden brown) dan bolehlah diangkat..toskan minyak ..langkah akhir golekkan jer dalam gula halus .dah boleh hidangkan..selamat mencuba..jangan lupa share gambar nanti pada yang sudi mencuba..