Posts

Showing posts from February, 2013

KUIH BELIMBING GANU KITA..

Image
selamat pagi..hujan renyai pagi ni..anak-anak dah ke sekolah tinggal mama keseorangan..dengan mood yang agak baik pagi ni kak sue nak kongsi lagi satu resepi warisan terengganu.. Nilah dia kuih belimbing ganu kita..hehe.. Bila balik kampung singgah pasar kuih memang tak lupalah untuk beli kuih belimbing ni..rasanya yang lemak manis memang sedap buat hidangan minum petang ..bacuh nescaffe panas satu... memang tak terkatalah..apapun anda semua kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasanya..jangan nanti cakap kak sue ni promote je lebih...hehe..jangan marah ya .. Macam biasa jom layan resepinya dulu... BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum 1 cawan air 1 biji telur 1 sudu makan marjerin/butter 1 sudu makan gula esen vanilla PENYEDIAANNYA Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati den

ketupat sotong ganu kita...

Image
 nilah rupanya ketupat sotong yang dan masak.. salam semua...hari kak sue nak ajak semua berkongsi resepi ketupat sotong kegemaran kak sue.. ketupat sotong ni memang sedap di makan macam tu saja..sesuai jadikan hidangan minum petang.. Dapat pulak sotong segar yang barun naik dari lauk lagilag sedap..segar.. Tengok saja tak jadi,,kena cuba baru tahu sedap ke tidak..untuk tidak membuang masa jom kita layan resepi ketupat sotong kat bawah ni.. RESEPI KETUPAT SOTONG 1 kg sotong (sederhana besar) 200 gram beras pulut 2 cawan santan cair (untuk merendam beras) 3 cawan santan pekat (untuk kuah) Sedikit halba 2 cm halia (dimayang) 3 ulas bawang merah (dimayang) Gula, garam dan perasa. CARA-CARA Rendam beras pulut dengan santan cair. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi. Masukkan sotong ke dalam santan pekat dan masak. Masukkan bawang, halba, halia, garam, gula dan perasa. Kacau hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

pecal jantung pisang ibunda

Image
jom kita masak menu simple kegemaran kak sue dan ayah..arwah mak selalu buatkan pecal jantung pisang ni,kena pulak nasi panas ikan goreng garing...sedapnya tak terkata.. Bila arwah mak dah tak kak sue kenalah buat sendiri bila teringin nak makan..jadi hari ni kak sue nak berkongsilah resepi ringkas ni ikut cara kak sue.. BAHAN-BAHANNYA: 1 BIJI JANTUNG PISANG *dihiris dan dielur hingga lembut,toskan* 1 KOTAK SANTAN *200ML*kak sue panaskan 2minit dalam microwave* BAHAN YANG DI BLEND: 2 EKOR IKAN KEMBUNG*kukus dan buang tulang* 2 ULAS BAWANG BESAR 1 SUDU BESAR LADA HITAM GARAM,GULA DAN PERASA SECUKUPRASA CARANYA: satukan semua bahan kedalam mangkuk yang besar,gaul sebati..sekiranya anda inginkan kuahnya terlalu pekat dan kering bolehlah di tambah sedikit air..siap untuk di hidang..memasak itu memang mudahkan??????jangan lupa mencuba..    

ROJAK AYAM TERENGGANU

Image
assallamualaikum semua..lama sangat tak berkongsi resepi..sibuk dengan projek katering..bila dah letih tu faham-fahamlah ..hari ni kak sue nak kongsi lagi satu resepi yang agak terkenal kat terengganu..setiap ada resepi rojak masing-masing ..tapi kak sue nak kongsi resepi rojak ayam terengganu atau ada yang panggil rojak keling..jom kita layan resepinya... .   Bahan-bahannya: 1/4 ekor ayam 3 biji telur rebus [belah2] 3 keping tahu [goreng dan potong nipis] 1/2 biji sengkuang [saiz kecil] 1 batang timun 1/2 biji salad lectucce 500 gm mee kuning [celurkan sikit] Cara: 1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. 2. Semua sayuran dipotongkan kecil. 3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan. KUAH KACANG Bahan-bahannya 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2 1/2 cawan air asam jawa 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan minyak garam secukup ras