Posts

Showing posts from 2013

Ayam percik kak sue style..

Image
Salam semua..lamanya kak sue tak berkongsi resepi ya..maklumlah bulan puasa ni kak sue agak sibuk berniaga di pasar ramadhan..hari ni rasa rajin cket nak berkongsi resepi mudah dan simple ..ayam percik kak sue style..heejom layan resepinya..                                                                      BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam  2sm halia |dikisar 4 ulas bawang putih |dikisar 15 biji bawang merah |dikisar 2 biji kelapa |sebiji untuk merebus dan sebiji untuk kuahnya 1 batang serai Garam secukup rasa   CARA MEMASAK:   1. Rebus ayam bersama santan dan serai sehingga masak.  2. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Ketepikan.  3. Untuk kuahnya pula, satukan bahan kisar bersama santan dan biarkan mendidih.  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sentiasa.  5. Apabila pekat kuahnya, angkat dan hidangkan bersama ayam bakar.   mudahkan???memasak itu sangat menyenangkan..janji masak biar dari hati dengan pe

Nasi Himpit Sambal Hitam ganu..

Image
  Salam semua..time hujan petang - petang ni teringin pulak nak makan nasi himpit  atau orang ganu panggil nasi kampit gitu..makan dengan sambal hitam..dah biasa makan dengan kuah kacang sekali sekala naklah makan dengan sambal hitam plak resepi tradisional terengganu..kalau dulu agak rumit nak buat nasi himpit ni ..tapi skang tak susah dah..teragak jer nak makan beli jer yang segera cuma balik rebus dah buat sambal hitam jer... Rugi tau korang tak cuba..kena cuba baru tahu macam mana rasanya..asyik makan kuah kacang jer..skang kita tukar makan dengan sambal hitam plak ya..ok jom layan resepi kak sue kat bawah ni..ingat pesan kak sue masak biar ikhlas dari hati... Bahan utama nasi impit(kak sue pakai yang segera jer) Bahan-bahan Sambal Hitam: Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing) Bahan B 5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya) 5 batang serai (hiris) 5 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 2 keping gula nisan/ gula melaka Garam secukup r
Image
  Hari ini kak sue ingin berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang mungkin juga diminati ramai terutamanya orang Kelantan dan Terengganu. Kuih ini dikenali dengan nama Pulut Lepa..  Ada jugak yang panggil dengan nama Pulut Panggang.    Kak sue memang suka makan Pulut Lepa a.k.a Pulut Panggang ini, memang bestlah orang kata sehingga menjilat jari.. kak sue tak tahulah pulak korang camner, tapi kalau korang belum cuba eloklah korang cuba baru tahu macam mana rasanya dari air tangan sendiri.. Bercakap pasal Pulut Lepa kak sue rasa adalah elok untuk kak sue kongsikan Resepi untuk membuat Pulut Lepa ini khas untuk sesiapa saja yang sudi singah kat blog kak sue ni.. Bagi mereka-mereka yang nak resepi Pulut Lepa boleh lah dapatkan di bawah ini: Resipi Pulut Lepa/Pulut Panggang Bahan: 300 g pulut, direndam semalaman 125 ml santan (dari 1 kelapa) sedikit garam 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur 20-24 batang lidi (pencucuk) Bahan Inti: 400 g ikan kembung, direbus

KUIH BELIMBING GANU KITA..

Image
selamat pagi..hujan renyai pagi ni..anak-anak dah ke sekolah tinggal mama keseorangan..dengan mood yang agak baik pagi ni kak sue nak kongsi lagi satu resepi warisan terengganu.. Nilah dia kuih belimbing ganu kita..hehe.. Bila balik kampung singgah pasar kuih memang tak lupalah untuk beli kuih belimbing ni..rasanya yang lemak manis memang sedap buat hidangan minum petang ..bacuh nescaffe panas satu... memang tak terkatalah..apapun anda semua kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasanya..jangan nanti cakap kak sue ni promote je lebih...hehe..jangan marah ya .. Macam biasa jom layan resepinya dulu... BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum 1 cawan air 1 biji telur 1 sudu makan marjerin/butter 1 sudu makan gula esen vanilla PENYEDIAANNYA Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati den

ketupat sotong ganu kita...

Image
 nilah rupanya ketupat sotong yang dan masak.. salam semua...hari kak sue nak ajak semua berkongsi resepi ketupat sotong kegemaran kak sue.. ketupat sotong ni memang sedap di makan macam tu saja..sesuai jadikan hidangan minum petang.. Dapat pulak sotong segar yang barun naik dari lauk lagilag sedap..segar.. Tengok saja tak jadi,,kena cuba baru tahu sedap ke tidak..untuk tidak membuang masa jom kita layan resepi ketupat sotong kat bawah ni.. RESEPI KETUPAT SOTONG 1 kg sotong (sederhana besar) 200 gram beras pulut 2 cawan santan cair (untuk merendam beras) 3 cawan santan pekat (untuk kuah) Sedikit halba 2 cm halia (dimayang) 3 ulas bawang merah (dimayang) Gula, garam dan perasa. CARA-CARA Rendam beras pulut dengan santan cair. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi. Masukkan sotong ke dalam santan pekat dan masak. Masukkan bawang, halba, halia, garam, gula dan perasa. Kacau hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

pecal jantung pisang ibunda

Image
jom kita masak menu simple kegemaran kak sue dan ayah..arwah mak selalu buatkan pecal jantung pisang ni,kena pulak nasi panas ikan goreng garing...sedapnya tak terkata.. Bila arwah mak dah tak kak sue kenalah buat sendiri bila teringin nak makan..jadi hari ni kak sue nak berkongsilah resepi ringkas ni ikut cara kak sue.. BAHAN-BAHANNYA: 1 BIJI JANTUNG PISANG *dihiris dan dielur hingga lembut,toskan* 1 KOTAK SANTAN *200ML*kak sue panaskan 2minit dalam microwave* BAHAN YANG DI BLEND: 2 EKOR IKAN KEMBUNG*kukus dan buang tulang* 2 ULAS BAWANG BESAR 1 SUDU BESAR LADA HITAM GARAM,GULA DAN PERASA SECUKUPRASA CARANYA: satukan semua bahan kedalam mangkuk yang besar,gaul sebati..sekiranya anda inginkan kuahnya terlalu pekat dan kering bolehlah di tambah sedikit air..siap untuk di hidang..memasak itu memang mudahkan??????jangan lupa mencuba..    

ROJAK AYAM TERENGGANU

Image
assallamualaikum semua..lama sangat tak berkongsi resepi..sibuk dengan projek katering..bila dah letih tu faham-fahamlah ..hari ni kak sue nak kongsi lagi satu resepi yang agak terkenal kat terengganu..setiap ada resepi rojak masing-masing ..tapi kak sue nak kongsi resepi rojak ayam terengganu atau ada yang panggil rojak keling..jom kita layan resepinya... .   Bahan-bahannya: 1/4 ekor ayam 3 biji telur rebus [belah2] 3 keping tahu [goreng dan potong nipis] 1/2 biji sengkuang [saiz kecil] 1 batang timun 1/2 biji salad lectucce 500 gm mee kuning [celurkan sikit] Cara: 1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. 2. Semua sayuran dipotongkan kecil. 3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan. KUAH KACANG Bahan-bahannya 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2 1/2 cawan air asam jawa 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan minyak garam secukup ras

DENDENG DAGING BERPAUT QASEH

Image
      Daging...memang menjadi pilihan ramai untuk disajikan untuk santapan makan tengahari mahupun malam,daging juga selalu menjadi pilihan utama untuk majlis-majlis kahwin,tambahan lagi bila tiba musim raya korban..bertambah banyaklah daging korban yang kita dapat dari sedara mara jiran tertangga..masa tu mulalah naik pening nak fikir nak masak apa dengan daging yang banyak tu kan...?? Kali kak sue nak berkongsi pelbagai jenis resepi yang beasaskan daging..sebenarnya ada banyak resepi yang boleh kita masak dengan daging..olahkan menjadi menu yang menyelerakan buat santapan keluarga. Sebagai permulaan kita kongsi resepi dendeng daging.. BAHAN-BAHAN:   ·           1kg daging}di potong dadu ·          3 bij bawang besar}dikisar ·          6 ulas bawang putih}dikisar ·          1 inci halia}dikisar ·          2 sudu jintan manis ·          2 sudu jintan putih ·          3 sudu kicap pekat ·          3 sudu cili giling ·          1 bata