Posts

Showing posts from 2012

APAM DURIAN With love..

Image
Musim durian dah tiba..di mana-mana ada saja durian..satu keluarga suka makan durian,,pelbagai menu dah kak sue buat,pengat durian sudah,lempeng durian sudah,kali ni jom kita buat apam durian plak..   Apam durian ni kalau makan dengan kelapa inti pun sedap jugak..tapi kasue suka makan macam tu je..anak-anak kak sue plak suka makan dengan aiskrim..kalau nak modenkan cket..letak je topping whip cream kat atasnya ..ala-ala cup cake  gitu.. Jom kita layan resepi Apam durian ya..ingat pesan kak sue apa saja yang kita nak masak biar lahir dari hati..baru masakan kita sedap dan terpahat di hati...Akhir sekali kak sue harap adalah yang sudi mencuba resepi ni ya.. BAHAN A: 200gm isi durian}buang bijinya 200ml air 2 sudu makan susu pekat BAHAN B: 4 biji telur gred A 250gm gula kastor 1 sudu makan penuh Ovelatte BAHAN C: 30ogm tepung gandum Sedikit pewarna kuning CARA MEMASAK: 1.    Masukkan kesemua bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga seba

lasagna ayam dan cendawan bersos putih

Image
Hi allzzz...semalam takde masa nak update blog,,ni time hujan petang-petang ni takde apa nak buat bolehlah share citer dan resepi ..heee.. Petang semalam kak sue tengok chef barefoot contessa buat lasagna cendawan dengan sos putih yang sangat simple mudah di masak..selama ni kak sue teringin sangat nak cuba resepi lasagna ni tapi bila tengok cara memasak yang bergitu rumit naik malas jadinya,kak sue memang suka masak..tapi kalau yang banyak sangat  step kak sue malaslah nak try..heee.. Tup ..tup semalam tengok chef tu masak lasagna senang pulak jadi hasrat lama nak mencuba tu datang balik..berkobar-kobar jadinya..apalagi mulalah tak senang duduk nak cari bahan untuk mulakan misi hee..en.hubby plak agak buzy minggu ni..kalau dia takde kat umah kak sue malaslah nak masak menu special ni..nanti membazir plak..anak-anak plak suka makan bila papa dia orang ada bersama,rasa seronok dapat makan sama-sama..lebih berselera.. Tanpa buang masa kak sue dah  salin resepi barefot

kuih asam gumpal

Image
salam.. korang pernah dengar nama kuih ni tak???kuih asam gumpal atau ada jugak orang panggil sagumpal,kuih ni agak terkenal kat pantai timur..terutamanya kat pasar kuih kat kampung kak sue n pasar binjai kemaman kampung hubby kak sue tau... kita orang agak bertuahlah sebab kampung kita orang ni sehaluan,kalau dari seremban ni nak balik ke terengganu kenalah stop kat kampung hubby kak sue dulu kat kemaman..kira maca pit stoplah gitu...hehe..sebelum bertolak dari kampung, kak sue memang dah terbayang dah  mana tempat yang nak dituju sebaik saja sampai kat kampung... maklumlah  nak dapat peluang balik kampung ni bukannya senang... peluang untuk melepaskan rindu bukan hanya pada keluarga tapi jugak pada kuih muih tradisional kampung kami yang memang susah nak dapat kat seremban ni..kalau teringin sangat nak makan kenalah tunggu time balik kampung ..tak pun masaklah sendiri..terutamanya kuih asam gumpal atau sagumpal yang kak sue nak perkenalkan kat korang ni..

puding trifle with love

Image
hai  semua...cuaca hari nak kata mendung...tak jugak...nak kata panas..ermm tak jugak tapi tak senang duduk jugaklah.. terasa bahangnya...naik kebas jari duk tukar siarang tv ni cerita banyak tapi semua yang dah pernah tengok nak ulang tengok pun naik bosan... Akhirnya jumpa jugak juga siarang kegemaran kak sue kat afc..ala siarang masak tu lah..mesti korang pun suka ka???.tengok punya tengok rupanya chef tu duk buat trifle..yummmy nak meleleh jugaklah air liur ni,dah macam budak-budak plak..nak buat macam mana memang dah tak boleh di nafikan lagi,,kak sue ni memang pantang tengok puding atau kek yang ada topping cream ni ..memang tak boleh menahan diri.. Tengok saja tak jadi kan ???kalau dah suka  kenalah cuba..jadi tak jadi kemudian cerita...kita yang buat dia bukan dia buat kita...haaaa..kalau ada sesiapa yang taste macam kak sue ni suka dengan makanan yang berkrim ni silalah mencuba ya...jangan takut untuk mencuba..setiap hari kita kena sentiasa mempelajari sesuatu yang baru

puding roti kukus

Image
Assallamualaikum.. pepagi lagi kak sue duk fikir nak buat apa untuk sarapan pagi ni,tengok-tengok ada pulak roti yang tak kehabisan..maklumlah time cuti sekolah ni anak-anak sentiasa ada kat rumah waktu pagi jadi kak sue kenalah pelbagaikan menu untuk  untuk sarapan pagi... memandang roti masih banyak baik kak sue buat 'sesuatu'hee..dari membazir..anak-anak dah bosan nak makan roti bakar atau roti sapu dengan jem...jadi apa lagi kak sue pun terfikirlah nak buat puding roti ni..tengok  semua bahan ada kat dapur,apalagi mulakan gerak kerja. resepi yang mudah lihatlah hasilnya ... Nak di panjangkan cerita puding roti ni memang jadi kegemaran kami sekeluarga...selalunya bila terasa nak makan puding roti ni kak sue ajak hubby pergi pasar tani kat rumah kita orang jew..ada satu gerai kuih talam satu malaysia kat situ..boleh jadi tak terkawal bila sampai kat gerai tu,maklumlah ada pelbagai jenis kuih talam dan puding yang sungguh  menyelerakan..tapi sekali sekala dapat buat se